3 Disember 2015 - 03:50
Polis diminta siasat Parti Islam Semalaysia yang anuti ideologi ISIS

Mohamad Sabu meminta polis segera siasat pengaruh Isis dalam Pas

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mohamad Sabu mendedahkan antara punca penubuhan Parti Amanah Negara (Pan) disebabkan Parti Islam Semalaysia (Pas) sudah diresapi ideologi Isis.

Beliau yang juga presiden Pan mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci kerana pengaruh Isis dalam Pas menyebabkan parti tersebut mudah mengkafirkan pihak lain.

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran Isis dalam Pas.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh.

Mohamad juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.

Beliau yang hairan dengan pihak polis membiarkan Pas menganuti fahaman ganas tersebut menyindir, "Adakah polis Malaysia tidak dapat mengesan perkara ini atau ada konspirasi bersama?

Sementara itu, pemimpin pro pengganas Syria, Nik Abduh Nik Aziz menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu sama seperti Umno yang menuduh Pas sebagai pengganas di era 80-an.

"Diterima semua pihak, tak ada satu rakyat sebut Pas ini bawa isu takfir (kafir-mengkafir), kecuali ditimbulkan balik parti serpihan ini," katanya merujuk kepada Parti Amanah.

Nik Abduh sebelum ini menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia apabila mengistiharkan pengganas berasal dari Malaysia yang maut di Syria, Mohd Lotfi Arifin sebagai mati syahid sedangkan mufti Kelantan menafikan perkara tersebut kerana kumpulan militan memerangi umat Islam.